016-3111 286
016-3111 286
Baru-baru ni kami tertengok satu video di Facebook, video Dato Siti Nurhaliza semasa perform di Festival Balik Pulau bersama Orkestra Tradisional Malaysia. Di dalam video tersebut, kelihatan mic Dato Siti gagal berfungsi sebaik sahaja beliau sudah hendak mula menyanyi dan bagaimana beliau menghadapi technical difficulty tersebut dengan senyuman sebelum road crew datang dan menyelesaikan masalah tersebut.
Syabas Tokti kerana begitu graceful in the face of technical screw-ups.
Melihat video itu menyebabkan saya teringat kepada unsung heroes di belakang tabir, mereka yang bekerja keras untuk memastikan the show must go on.
Ya, tidak lain dan tidak bukan, the road crew.
The road crew, tech, stage hand dan pelbagai lagi nama diberi kepada mereka yang berusaha demi kelangsungan sesuatu persembahan. Mereka ini yang paling awal tiba di venue, melakukan setup from scratch, memastikan PA system dan backline (dan kadangkala, instruments) semua dalam keadaan baik sepanjang rehearsal dan soundcheck sehinggalah ke akhir event.
Jika something goes wrong, road crew inilah yang akan melakukan troubleshooting untuk mencari di mana punca sesuatu failure, sama ada mengemaskinikan cabling jika ada speaker atau monitor tidak berbunyi, atau memastikan bateri di dalam DI Box atau mikrofon wireless sentiasa berada di tahap optimum dan menggantikannya jika power sudah low, ataupun membantu performer di stage semasa proses check monitor supaya artis sentiasa mendapat level yang terbaik di atas pentas tanpa kesukaran untuk mendengar diri sendiri atau performer yang lain.
Begitu juga dengan guitar techs yang memastikan amp-amp berada dalam keadaan baik dengan memeriksa power tubes, preamp tubes serta membuat biasing agar sound amp sentiasa sedap tanpa sebarang buzz, noise atau interference. Mereka ini juga yang memeriksa tali guitar untuk memastikan ianya tidak mati atau putus di tengah-tengah show. Atau drum tech yang sentiasa memastikan semua cymbals lengkap di dalam setup dan ketinggian hi hat sentiasa berada di tahap yang selesa untuk musician sebelum dan semasa showtime.
Road crew dan tech bekerja long dan stressful hours demi kelangsungan dan keselesaan musician dan juga organizer show agar tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang event. Merekalah yang sebenar-benarnya menjayakan segala-galanya. Oleh itu, the next time anda berada di event dan sesuatu hiccup berlaku kepada setup anda, sama ada monitor anda berubah level, atau mic anda berhenti berfungsi, ataupun guitar anda membisu di tengah performance ataupun ride cymbal stand anda melondeh mid hit; hadapilah dengan tenang sementara crew menyelesaikan masalah dan jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka. Kalau tidak keberatan, payunglah sebatang rokok atau sebotol air.
Bak kata pepatah, a little appreciation goes a long way ;)