Pening nak pilih mikrofon untuk podcast? Menyanyi? Atau Rakaman? Relax bro.. Ini perbezaan mikrofon dynamic dan juga condenser yang anda perlu tahu… Jom!
Pening nak pilih mikrofon untuk podcast? Menyanyi? Atau Rakaman? Relax bro.. Ini perbezaan mikrofon dynamic dan juga condenser yang anda perlu tahu… Jom!
Designed for content creators and livestreaming, TC-Helicon's GoXLR Mini is the small-format mixer you need. This mini mixer makes juggling multiple sources, including a microphone, and headset, a gaming console feed, and audio from your computer a breeze. Each of the four channels has its own fader and programmable mute button. The GoXLR Mini also manage to kept from the full-sized GoXLR is the GoXLR Mini's !@#$?* expletive censorship button, which lets you keep it PG (and be generally goofy). Finish it off with a dedicated mic mute button and flexible onboard DSP that's easy to program, and you'll get a ton of mileage out of your GoXLR Mini.
Semua mikrofon ada tugas yang sama, yaitu mengubah suara kita jadi signal elektrik yang boleh diproses untuk ke speaker atau rakaman.
Mikrofon dinamik ni menggunakan magnet untuk mengubah suara atau bunyi kepada elektrik. Suara kita membuatkan diafragma dalam mikrofon bergetar, dan getarannya ini membuat magnetnya turut bergerak. Dari gerakan magnet inilah elektrik dihasilkan.
Mikrofon Dynamic memang sesuai untuk live performance atau rakaman drum atau brass. Senang cerita, untuk bunyi yang kuat.
Kelebihan Dynamic adalah ia lebih tahan dan harganya juga lebih rendah jika nak dibandingkan dengan kondenser.
Mikrofon kondenser pula lebih sensitif. Ia menggunakan kapasitor untuk mengubah suara jadi elektrik. Suara kita membuatkan dua plat logam dalam mikrofon jadi lebih dekat atau jauh. Jadi, perubahan jarak ini yang menghasilkan elektrik dalam condenser.
Condenser memang sesuai untuk rakaman yang detail. Contohnya vokal, dan gitar akustik. Ia juga lebih sensitif dan detail berbanding dynamic yang sesuai untuk menghasilkan rakaman yang berkualiti.
Sebenarnya, tak ada yang lebih baik atau lebih buruk. Semua tergantung keperluan anda. Kalau anda nak guna untuk live performance, mikrofon dinamik adalah pilihan yang lebih sesuai. Tapi kalau anda nak merakam dengan kualiti studio, mikrofon kondenser adalah jawabannya.