Skip to content
Email : Sales@musicbliss.com.my | Contact : 016 - 3111 286 | Tel : 03 - 777 33372 | Same Day Delivery Lalamove | Buy Online, Pick Up In-Store Available
Same Day Delivery Lalamove | Buy Online, Pick Up In-Store Available

Top 10 Lagu Raya Best Pilihan Music Bliss

Ah…dah lebih separuh dari bulan puasa ni kita tinggalkan.

By this point, kalau kita bercakap tentang lagu Raya, rasanya subjek ni dah jadi seakan-akan inescapable. On the radio, di kaca TV, di shopping malls; playlist raya dah on repeat. Ada yang merungut, “Lama lagi nak raya kot, pasang lagu raya sekarang buat apa?” tapi we'olls rasa tak ada salahnya kita nak sekadar set the mood.

Kecoh dol, haters gonna hate.

Lagu Raya di radio lah yang banyak membantu saya dalam proses pembelajaran emotional kita di musim perayaan pada zaman kanak-kanak kita dulu. Pada mulanya kita akan rasa Hari Raya ini adalah masa untuk bermurung kerana ada a big chunk of lagu Raya yang really play up the elements of Malay melodrama (tak dapat balik raya kerana bertugas, tak dapat beraya dengan kekasih, Raya sorang-sorang sebab family dah takde), tapi in time kita sedar yang lagu Raya actually runs the entire spectrum of emotions dan eventually saya belajar yang it is a joyous time yang kita seharusnya cherish dan treasure always.

Without further ado, ini ialah senarai top 10 lagu raya terbaik sepanjang zaman pilihan Music Bliss.

1. Selamat Berhari Raya
Rahimah Rahim


Selamat Berhari Raya nyanyian Rahimah Rahim ini is the closest kita akan dapat to hearing a raya song being performed by The Smiths. Ya, lagu ini kedengaran seperti ianya dirakam during the period somewhere in between Meat Is Murder dan The Queen Is Dead. Dari jangle clean Stratocaster yang menjadi tunjang lagu ini,kepada pemilihan notes guitar yang somewhat unorthodox untuk guitar player Melayu pada zaman itu, kepada bass yang bouncy, membawa kepada the relentless processed drumming; lagu ini probably ialah lagu raya new wave/post punk pertama di dunia. Dan of course Rahimah Rahim dengan statement yang hopeful dan optimistic “Maaf dipinta dan diberi/Semoga ikatan berkekalan abadi.” After all, bukankah ini intipati sebenar hari raya pada kita semua?

 

2. Dendang Perantau
P Ramlee


Dengan drums yang ada ketikanya seakan memainkan random patterns, bass yang adakalanya draggy dan dissonant dan organ yang kedengaran at times TOO trippy for a raya song; Dendang Perantau membuat saya berfikir tentang senario ini: adakah P Ramlee menghadapi masalah-masalah yang tidak dapat dijelaskan pada session recording lagu ini atau adakah P Ramlee sengaja nak jadi John Coltrane?

Kami personally merasakan senario Coltrane itu adalah penjelasan yang lebih probable kalau kita take into account his jazz leanings, tetapi tulang belakang sebenar Dendang Perantau tanpa ragu-ragu ialah riff guitar signature yang menjadi pembuka dan penutup masterpiece ini. Kalau orang boleh berkata yang opening riff Slash di dalam lagu Sweet Child O Mine adalah the thing that makes the song work, inilah juga yang menjadikan Dendang Perantau the legend it is today; that guitar riff is instantly recognizable dan anda boleh mendengar the sadness of not being able untuk beraya bersama keluarga di dalam twang Fender yang menusuk itu. Lagu raya yang sememangnya hebat dari segala aspek.  

 

3. Kembali Berhari Raya
Aishah


Aishah sememangnya ialah ratu bila kita membincangkan lagu-lagu raya yang bersadur melodrama pada lewat 1980an/awal 1990an. Lagu Pulanglah nyanyian beliau telah menjadi sebuah lagu raya evergreen, a modern classic. Tapi secara tiba-tiba di dalam keharuan lebaran yang pekat ini, bekas vokalis The Fan Club ini telah merakamkan sebuah lagu raya bertajuk Kembali Berhari Raya. Dicipta oleh composer tersohor S.Atan, liriknya ditulis oleh Aishah sendiri. Menurut Aishah, lagu Kembali Berhari Raya ini berkisah tentang perasaan ayah ibu/kaum keluarga anak-anak yang murtad.


Petikan dari sebuah interview bersama Aishah: “Lagu ini ditulis oleh S.Atan dan lirik oleh I sendiri. Tentang kesedihan ayah ibu bila anak-anak memalingkan diri dari jalan Allah sedangkan dari kecil dibesarkan dengan agama.”


Mungkin kerana subject matter yang berat, lagu ini tidak mendapat tempat di dalam playlist rotation hari raya yang biasa kita dengar di radio. Tapi tak dapat dinafikan lagu ini mengutarakan sisi-sisi hari lebaran yang jarang dibicarakan. Ditunjangi orchestration yang sayu dari S.Atan, Aishah tidak membuang masa in the process of getting real: “Hari ini berganti lagi/Ramadhan berlalu pergi/Makin jauh berpaling diri/Dari jalan ilahi.”
Seperti kata anak-anak muda pada hari ini, DEEP.

 

4. Cahaya Di Aidilfitri
Black Dog Bone


Lagu Cahaya Di Aidilfitri oleh Black Dog Bone ini adalah satu masterclass dalam the subject of epicness. Jika dikaji semula secara teliti, ianya seolah-olah Jatt Ali dan rakan-rakan mengumpul segenggam elemen-elemen yang epic serta grand dan melepaskannya di seluruh pelusuk lagu ini. Bermula dengan a marching military beat dan horns seolah-olah baru pulang dari medan perang dan a swirl of strings sebagai build up, bahagian verse lagu ini dimulakan dengan Jatt ditemani dengan pelbagai suara sebagai latar. “Bila tiba hari raya/Semua insan bergembira.” Ironi yang dapat kita rasakan pada lirik ini apabila diletakkan di dalam konteks melodi lagu yang sangat suram pada this particular part ialah apa yang menjadikan lagu ini sangat gelap, almost gothic. Dan apabila lagu ini seakan meledak bermula pada 1:20 dan diakhiri dengan rayuan “Agar dapat ku rasa/Nikmat di hari raya/Seperti insan yang lain.” the sonic explosion is almost cathartic, almost post rock. Sebuah lagu raya yang padat dengan pengajaran dan keinsafan dan ternyata sudah emo lebih dari 3 dekad sebelum terma emo mula digunapakai secara meluas.
 

5. Selamat Hari Raya
Ahmad Jais


Key changes yang efektif memang sukar dicari. Tapi bila anda akhirnya bertemu dengan a good key change, usually ianya memang benar-benar berbaloi. Ahmad Jais berjaya mengawal vibe dengan sangat hebat melalui key change dari minor ke major di pertengahan chorus lagu Selamat Hari Raya ini. Bermula dengan vibe struggle pada verse yang tiba-tiba seolah diangkat menuju kejayaan pada pertengahan chorus, ramai yang mengaitkan the shift in mood dengan perubahan bulan Ramadhan kepada Syawal di mana umat Islam meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Ditambah lagi dengan horn section yang padu berserta drums dan bass yang sangat Ringo Starr dan Paul McCartney, lagu ini ialah a feel good anthem indeed, sesuai untuk memandu pulang ke kampung pada pagi raya yang tenang, feeling like the champion that you are.  

 

6. Selamat Hari Raya
JFK, Nabil, Omar K dan Kaer


Lagu raya generasi Xfresh FM. Pada masa lagu ini keluar, ia menjadi tumpuan kecaman yang hebat dari keyboard-keyboard warrior generasi awal ketika itu. “Apa ni lagu raya macam lagu krismas!” “Lagu raya lama juga yang best ntah apa apa budak-budak baru ni buat lagu.” Memang JFK dan Omar K mengambil risiko yang besar mengeluarkan lagu raya seperti ini. Walau temanya masih revolve around loneliness di hari raya tanpa kekasih atau family, arrangement lagu ini sangat radikal berbeza dengan lagu raya yang standard. Bells, saxophones, doo-wop changes dan R&B harmonies yang kompleks menjadi tunggak utama Selamat Hari Raya dan imagery yang dipaparkan melalui the sonic landscape of the song ternyata lebih Manhattan, New York dari Sg Haji Dorani, Kuala Selangor. Tapi saya tetap applaud effort JFK, Nabil, Omar K dan Kaer kerana berani tampil dengan konsep yang lain dari yang lain. A fresh take on Hari Raya yang mungkin akan lebih dihargai pada suatu hari nanti.          

 

7. Suasana Hari Raya
Anuar dan Ellina


Dibuka dengan riff guitar yang iconic dan festive, Suasana Hari Raya sebagai sebuah lagu ialah a bouncy dan vibrant bop indeed. Anuar Zain, walau pada usia yang semuda itu, sudah kelihatan karismanya sebagai a consummate showman; stealing the show bersama kawalan vokalnya yang menyeluruh dan ekspresif. The triple attacks pada bahagian chorus memberikan lebih dynamics kepada lagu yang sudah sedia ada hebat dan by the time Ellina, like a proto-Kasih Leia Ixora menyanyikan the spunky “Asyik bersembang pakcik dan makcik/Duit raya bila nak diberi?” line, lagu ini telah berjaya mengabadikan dirinya sebagai sebuah lagu raya classic yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.    

  

8. Nostalgia Aidilfitri
Sharifah Aini


Track record Sharifah Aini when it comes to lagu-lagu raya adalah hampir perfect. Nostalgia Aidilfitri ini probably adalah kegemaran saya kerana bagi saya lagu ini adalah gabungan sempurna beberapa elemen smart yang menjadikannya lagu raya yang hampir sempurna. Diction dan lenggok Arab Sharifah Aini yang memukau, dipaterikan dengan swing tradisional berserta accordions dan percussion dan string flourishes yang seakan mempunyai perasa Hindi yang kuat, lagu Nostalgia Aidilfitri ini ends up sounding sangat Malaysian; dan ini adalah kekuatan terbesar lagu ini as well as the main reason kenapa Music Bliss sangat menyukainya.

 

9. Selamat Hari Raya (Dari EON Untuk Semua)
Jamal Abdillah dan Raja Ema


Lagu raya yang paling pendek pada durasi 1:00, mungkin sebab lagu ini memang dicipta untuk menjadi theme song kepada iklan raya EON untuk musim perayaan 1988. Walaupun pendek, lagu ini kedengaran sangat ‘rich’ sama ada sonically, atau dari segi arrangement dan chord changes. Diterajui oleh sound electric piano signature tahun 1980an dan processed, compressed drums (yang saya syak dimainkan menggunakan sebuah synthesizer Yamaha DX7), dan the chord changes serta melodi lagu ini agak sofistikated. But above all, apa yang saya paling sukai mengenai lagu ini ialah bagaimana line “Ucapan Selamat Hari Raya/Dari EON untuk semua.” pada penghujung lagu ini actually berbunyi ikhlas dan sincere walaupun kita tahu it is just a line from a corporation to its consumers. Lagu yang ringkas, tetapi sangat ‘feel good’.

 

10. Menjelang Hari Raya
DJ Dave


Tiada lagu raya semeriah Menjelang Hari Raya oleh DJ Dave. Kalau tadi kita dah bersembang tentang horn section Black Dog Bone yang gothic, the horn section on this song adalah sesuatu yang 100% berlainan. Seakan lifting the song to another level, Menjelang Hari Raya mengambil banyak pointers dari vibe disco dan funk. Ini boleh dilihat dalam guitar work wah-wahnya yang frenetic, drum pattern four-on-the-floor yang disertai permainan percussion yang agresif dan juga solo piano yang sudah hampir kepada bunyi-bunyi fusion seperti Chick Corea. Dengan DJ Dave menyanyi tentang euphoria yang melanda di kala hari raya menjelang tiba, boleh dikatakan lagu ini ialah lagu raya yang paling win baik dari aspek lirikal atau muzik. Kalau ada yang mengatakan lagu raya seharusnya festive dan triumphant, ini ialah lagu raya yang paling festive dan triumphant sekali di dalam senarai; tiada tandingan.

Previous article Beyerdynamic Headphones : The Ultimate Buying Guide